Bermulanya usul ma’rifat
ini ialah untuk mentakrifkan hal keadaan kita di dalam masa kita beramal.
Sesudah kita faham di atas segala- gala rukun dan jalan-jalan di dalam hal
keadaan agama Islam, barulah kita memulakan segala amalan.Seperti sabda
Rasulullah SAW, ertinya :”Bermula sembahyang (solat) itu ada tiga bahagian :
1. Sembahyang orang-orang Mubtadi
Yakni semata-mata ia
untuk menutupkan fitnah dunia. Dan sekadar mengetahui akan segala rukun-rukun
dan waktu serta berpakaian bersih dan mengetahui wajib dan sunat semata-mata ia
untuk mendapat pahala. Maka amalan ini syirik semata-mata.
2. Sembahyang orang Mutawasit
Menyempurnakan perintah
Allah semata-mata hatinya berhadapkan Allah. Tiada ia mengira dosa dan pahala.
Semata-mata ia berserah kepada Allah. Maka di atas amalan ini adalah lebih baik
daripada yang pertama itu, tidaklah ia terkena syirik.
3. Sembahyang orang Mumtahi
Tiada ia sembahyang
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kerana ditilik pada dirinya adalah
golongan dhoif, fakir, hina dan lemah.Semata-mata pandangan di dalam sembahyang
itu tiada dengan kehendaknya melainkan Kehendak Allah.
La’ maujud bila’ hakikat ilallah: “Tiada maujud bagi hakikatku dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah”.
La’ haiyyun bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang hidup bagi hakikatku dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah”.
La’ ‘alimun bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang mengetahui bagi hakikatku
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.
La’ qadirun bila’ hakikat ialallah: “Tiada yang berkuasa bagi hakikat ku
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.
La’ iradatun bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang berkehendak bagi hakikatku
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.
La’ sami’un bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang mendengar bagi hakikatku
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.
La’ basirun bila’ hakikat ilallah: “Tiada yang melihat bagi hakikat ku
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.
Wa la’ mutakallimun bila’ hakikat ilallah:”Tiada yang berkata-kata bagi hakikatku
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.
Maka inilah yang sebenar-benarnya sembahyang seperti sabda Abu
Hurairah r.a.:
“Sembahyanglah kamu seperti Rasulullah SAW sembahyang katanya :
Takbirlah kamu seperti Rasulullah SAW takbir. Qiyamlah kamu seperti Rasulullah
SAW qiyam.Ruku’lah kamu seperti Rasulullah SAW ruku’. Sujudlah kamu seperti
Rasulullah SAW sujud. Tahiyyatlah kamu seperti Rasulullah SAW tahiyyat.
Salamlah kamu seperti Rasulullah SAW salam.
“Begitulah seterusnya di dalam amalan.
Janganlah sekali-kali kita buat tanpa mempelajari, nanti sia-sia sahaja amalan
kita itu. Bak kata pepatah “Kalau berdayung biarlah di air. Lambat laun kita
akan sampai jua”.Maka sesudah kita ketahui akan segala rukunnya, maka wajiblah
kita mengetahui akan segala bermula niat terlebih dahulu. Sebabnya niat itu
bukannya mudah untuk kita memahaminya. Kerana yang dikatakan niat itu ialah
tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara.Mana yang dinamakan niat,
jikalau ada huruf boleh dibaca. Jikalau ada suara boleh didengar. Jikalau ada
rupa boleh dipandang. Jikalau dapat nyata ia di atas huruf, rupa dan ada suara,
maka ini bukannya niat lagi.Seperti sabda Rasulullah SAW :
“ Qasdu syai-in muktarinan bi fiklihi ” Ertinya : “ Menyehaja sesuatu hal keadaan
dipersertakan dengan perbuatan. ” Dan satu lagi Hadis mengatakan : ” An niatu
bilqalbi bila’ sautin wala’ harfin ” Ertinya : “ Bahawasanya niat itu di dalam
hati, tiada suara dan tiada berhuruf. ” Jikalau niat itu kita kata di dalam
hati, umpamanya tatkala mengata “ Allahu Akbar ” : Aku sembahyang fardhu Zohor
atau fardhu Asar umpamanya di dalam huruf yang lapan itu. Maka ini dinamakan
dia niat ‘arfiah. Inilah niat bagi kedudukan orang-orang awam yakni di atas
mereka baru menuntut ilmu. Adapun yang dikatakan niat itu terbahagi ia kepada
tiga :
1 – Qasad : Menyatakan pada “usalli fardhu”
menandakan ada waktu pada hamba yang taat.
2 – Ta’rad : Menyatakan pada “arba’a raka’at”
menandakan ada rukun, yakni bersedia hamba untuk menunaikan.
3 – Ta’yin : menyatakan pada “Lillah Ta’ala”
menandakan suruhan Allah yakni menghadapi kiblat hati.
Maka sesudah nyata Qasad, Ta’rad, Ta’yin
bererti telah nyatalahkiblat dada kepada Baitullah.Kiblat hati kepada nyawazat
memandang zat.Sifat memandang sifat.Baharulah kita mengatakan “Allahu
Akbar”.Serta hadir mata hati musyahadah kepada Zat Allah Ta’ala semata-mata.
Maka inilah dinamakan niat. Seperti yang dinyatakan di dalam Hadis Imam
al-Gahazali r.a. katanya,”Adapun kedudukan usalli, fardhu, rakaat, lillah
ta’ala, Allahu Akbar.” ialah seperti berikut;
1. Usalli – maksudnya amanah Tuhan terhadap hamba,
maka tatkala hambaNya telah menerima syariatNya, maka wajiblah kembalikan
kepadaNya dengan keadaan yang sempurna.
2. Rakaat – menyatakan hal kelakuanNya. Maka
hilangkanlah kehendakmu di dalam halNya dan hapuskanlah fe’el mu di dalam
kelakuanNya baharulah sah amalannya.
3. Lillahi ta’ala – Menyatakan sirNya (rahsia). Maka fana’lah
sir iktikad cinta rasa dan berahi mu di dalam sir Allah. Baharulah nyata ada
kiblat bagi kamu.
4. Allahu Akbar – menyatakan kaya Tuhan terhadap hamba.
Kerana hamba sampai kepada seruan Allah Ta’ala kerananya Allah Ta’ala esa,
Muhammad yatim, hamba dhoif. Tiap-tiap yang datang mesti akan kembali. Maka
kembali sekalian hamba-hamba itu di dalam seruan Allahu Akbar. Maka bergemalah
suara-suara hambamu yang taat itu mengatakan dan memuji akan nama Allahu Akbar
dan terlintaslah suara mu’minnya terus tujuh petala langit dan terus tujuh
petala bumi. Maka bersahut-sahut akan roh-roh Anbia’ dan Aulia’ serta Malaikat
dengan katanya, “Sejahteralah umat-umat mu ya Muhammad!”.5. Fardhu – sah dan
nyata. Bersifat di atasnya hamba. Maka tiap-tiap yang bersifat hamba mestilah
ada yang empunya hak. Maka kembalilah sifat-sifat mu kepada yang berhak.
Cara-cara hendak kembalikan kepada yang
berhak, itulah sebabnya diwajibkan kepada fardhu. Tiap-tiap perbuatan ataupun
amalan adalah dengan fardhu. Tanpa dengan niat fardhu perbuatan itu sia-sia
sahaja. Maka tidak berertilah kamu beramal. Kerana fardhu itu berpandukan
kepada sifat Wahdaniah. Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan
fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya
fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari kesimpulan ini jika
kita mahu sempurnakan amalan kita.Jalan sudah ada. Kepada saudara ku maka
sayugialah mencari maksud pengajaran ini.Umpamanya kita mesti ketahui mana dia
yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam
fardhu dan di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya
mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.
Penerangan lanjut kepada perkara yang
berkaitan dengan Fardu.Seperti yang sudah diketahui, “Fardhu” membawa maksud
kepada “sah dan nyata”.Dan fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah.
Seperti yang diketahui pula, sifat Wahdaniah itu ertinya Esa zat Allah Ta’ala,
mustahil berbilang-bilang.Inilah yang wajib kita fahami mengapa sesuatu
perbuatan yang wajib itu difardhukan.MAKSUD “Umpamanya kita mesti mengetahui
mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dikatakan fardhu di
dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu diakhir fardhu?”Aku sebenarnya
ingin mengajak saudara berdua kepada teori dan praktikal di dalam sesutau amal
perbuatan itu mesti disahkan dan nyata ilmu tersebut oleh guru dan ada
kebenarannya di sisi Allah Ta’ala.
Sebagai satu contoh. Umpamanya di dalam
solat, rata-rata kita mengetahui hukum-hakamnya daripada berdiri betul sehingga
diakhiri dengan memberi salam. Semua orang yang beragama Islam pasti tahu
aturannya, hatta budak-budak sekolah tadika pun tahu bagaimana melakukan
solat.Sebelum solat pula, adalah terlebih dahulu kita wajib berwudhu’.
Bagaimana pula dengan kifiat berwudhu’??? Timbul lagi persoalan!TETAPI apa yang
aku maksudkan, sudahkah kita dapat petua-petua yang sebenar di dalam
fardhu-fardhu tersebut??? Bagimana yang dikatakan berdiri betul, bagaimana yang
dikatakan niat, seterusnya sehingga memberi salam. Ini yang aku nak
saudara-saudara ku fahami.Perbuatan solat tersebutlah yang wajib disahkan dan
nyata! Aku sering menekankan persoalan berilmu dan beramal, yakni ilmu yang
wajib disertakan dengan amal perbuatan. Kalau tidak amalan kita akan menjadi
sia-sia.Bagi ku persoalan solat itu adalah begitu penting. Dengan sebab itu,
mendirikan solat itu dikatakan sebagai tiang agama. Tapi bagi aku mendirikan
solat itu sebagai “Tiang Arash”!Sebab apa aku berkata demikian, kerana seperti
yang sudah aku perkatakan pada saudara Habib bahawa “di dalam solatlah kita
boleh di-ISRA’ dan di-MI’RAJ-kan.
Kita boleh merasai pengalaman-pengalaman
tersebut. Inilah yang dikatakan hakikat di dalam perbuatan solat.Pengalaman
yang bagaimana??? Hanya diri saudara-saudara ku sendiri yang boleh menjawabnya.
Bukan diri aku, aku hanya sekadar “MERIWAYATKAN” amanah Allah SWT!Sabda
Rasulullah SAW :LA TASIHHU’L-SALATU ILLA BI’L-MA’RIFAHBermaksud : “Tiada sah
solat melainkan dengan ma’rifat.”AL-MA’RIFATU SIRRIBermaksud : “Yang ma’rifat
itu rahsiaku.”Sebagai “Talib” yakni orang yang menuntut ilmu itu, kita akan
melalui dua kategori iaitu :
1. SALIK-salik. SALIK MAJZUB Dengan sebab
itu aku mengatakan, “setiap individu itu mempunyai satu Tuhan”.Membawa maksud ”
ma’rifat di antara kita (setiap individu) di dalam meng-ESA-kan Allah Ta’ala
itu adalah berbeza.”Perkara ini aku berpegang kepada pertanyaan yang diajukan
oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq kepada Rasulullah SAW semasa baginda turun
daripada Mi’raj bertemu Allah Ta’ala.Tanya Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah
SAW, “Bagaimana engkau melihat dan kenal Allah Ta’ala, ya Muhammad???Jawab
Rasulullah SAW, “‘Araftu rabbi bi rabbi!” yakni “Aku kenal Tuhan ku dengan
Tuhan ku!”Sungguh simbolik, tetapi itulah jawapan yang paling mampu Rasulullah
SAW gambarkan.Apabila lain daripada Allah tiada dilihatnya, maka fana’ hukumnya
pada ibarat ini. Perkataan ini terlalu mushkil. Oleh itu saudara-saudaraku
hendaklah benar-benar tahkik mengetahuinya.Saudara Suluk dan Habib sendiri aku
pasti sedia maklum apa yang dikatakan atau bagaimana yang dikatakan “Kalam
Allah” – “Tiada berhuruf dan tiada bersuara.” Dengan sebab itulah Rasulullah
SAW ditajallikan sebagai seorang hamba yang “Tiada tahu menulis dan tiada tahu
membaca!”Di dalam konsep penerimaan wahyu oleh Rasulullah SAW sendiri, baginda
“gementar” untuk menerimanya apatah lagi bagaimana untuk menyampaikan kepada
ummat yang lain agar ummat-ummat ketika itu faham, tahkik dan boleh menerima
setiap rahsia dan perkhabaran dari wahyu yang “Tiada berhuruf dan tiada
bersuara.”Itu ummat Islam generasi Rasulullah SAW! Berhadapan (berhadap terus)
dengan Rasulullah SAW! Tiada hijab dengan Rasulullah SAW!Bagaimana pula dengan
“Ummat Muhammad Akhir Zaman”??? Bertimpa-timpa hijabnya. Langsung tidak dapat
“membayangi” kelibat Rasulullah SAW!!!Saudara-saudara Ku,Sedikit hendak
menambah, sekadar mencari kesesuaian.Tetakala seseorang itu mengangkat takbir
dengan lafas “Allahu Akbar” maka telah ada 3 ilmu padanya iaitu:
1. Usuluddin
2. Fekah
3. Tasauf
Adapun had ilmu yang tiga itu
ialah:Usuludin – mengetahui yang wajib, mustahil dan harus Fekah – mengetahui
segala rukun, syarat dan yang membatalkan
Tasauf – mengetahui segala yang
membatalkan amalan pahala seperti riak, taksud dll.Manakah yang dinamakan
Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat di dalam sholat?.Syariat – adalah
tubuh iaitu segala gerakan dan perbuatan yang dilakunkan.Tarikat – adalah hati
iaitu mengingatkan kerja-kerjanya satu persatu.Hakikat – hanya kepada Allah
sahaja.Makrifat – adalah Rahsia seiring dengan Hakikat
Martabat orang sembahyang itu ada tiga.
1. Martabat syariat
2. Martabat sembahyang orang tarikat
3. Sembahyang orang Hakikat
Rupa sembahyang orang syariat dan
hukumnya. Adapun sembahyang orang syariat itu, ialah orang yang memandang
daripadanya kepada Allah serta suci daripada riak dan seumpamanya. Semata-mata
kerana harap dapat pahala dan takut akan azab. Diketahuinya akan segala syarat
dan rukun serta yang membatalkan dia. Hukumnya orang ini syirik semata-mata.
Bermula amal syariat tiada sekali-kali diterima amalnya walaupun sebesar bukit.
Wallahualam.Rupa sembahyang orang tarikat dan hukumnya.Adapun sembahyang orang
tarikat itu, iktikatnya hadir Allah Taala pada hadapannya. Melihat akan segala
perbuatan dan mendengar akan segala bacaannya. Maka terdorong ia kepada kusyuk
kerana Allah Taala hadir pada hadapannya. Suci daripada riak dan tiada harap
akan pahala dan tiada takut akan siksa. Hanya memandang dirinya hamba.
Mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah. Orang ini hanya
diterima amalnya daripada sekadar hadir hatinya kepada Allah Taala dalam
sembahyang. Orang ini memandang daripada Allah kepadanya. Hukumnya syirik juga
akan tetapi alas (kecil) syiriknya.
Rupa sembahyang orang hakikat dan
hukumnya.Adapun sembahyang orang hakikat itu ialah orang yang tiada memandang
bagi dirinya amal. Hanya memandang feel kelakuan Allah Taala yang berlakun pada
dirinya yang ditakdirkan pada azali sebelum dijadikan dia. Yang dipandangnya
ialah segala amalnya daripada Allah dengan Allah bagi Allah. Inilah orang yang
lepas daripada syirik. Inilah yang sebenarnya sembahyang.Jadi sembahyang yang
dikehendaki di sini ialah sembahyang yang meliputi tubuh dan nyawa atau jasad
dan roh. Sekiranya seorang itu tiada nyawa, bukan manusia namanya dan sudah
pasti tiada ia dapat beramal. Sedangkan, sebenarnya dia tiada dapat pandang
yang beramal dan yang empunya amal. Kerana dengan adanya roh baru jasad dapat
beramal. Sedangkan roh itu Sifatullah atau Sirrullah dan roh itu tiada akan
dapat beramal sekiranya tiada serta dengan Zatullah. Maka barulah benar yang
beramal itu Sifat bagi Dzat dan yang empunya amal itu adalah Dzat. Oleh kerana
itulah sembahyang orang syariat dihukumkan syirik. Wallahualam.Setelah nyata
kezahiran kalimah tersebut, barulah didatangkan nyawa. Maka bersuaralah Ia
dengan nama kebesaran Zat tuhannya – “Allahu Akbar”. Tetakala ini karamlah aku
didalam kebesarannya. Kemudian diikuti dengan tujuh kesempurnaan Takbir
iaitu;La Hayun,La Alimun,La Samiun,La Kadirun,La Basirun,LaMuridun,La
Mutakalimun bilhaqi Ilallah.Maka bersuaralah Ia dengan nama kebesaran Zat
tuhannya – “Allahu Akbar”. Mengeletarlah diri ini, karam didalam kebesarannya.
Sungguh cantik dan indah bagi mereka yang mengetahui rahsia dan perbuatan
sholat itu. Segala-galanya tersirat disebalik firman Allah yang bermaksud:”Jika
Engkau mengasihi Allah, Ikutilah Aku. Nescaya Allah akan mengasihi dan
mengampuni dosa-dosa mu”.